Tuesday, May 27, 2014

Yong Tau Foo (Kuah Merah)

Image: Google
Sumber: FB


Bahan-bahan:
(1) 1/2 cawan kacang tanah yang telah digoreng
(2) 1 sudu makan tepung gandum
(3) 1 sudu makan tepung jagung
(4) 4-5 sudu makan gula
(5) 3 cawan air
(6) 1/4 sudu makan garam
(7) 3 sudu makan cili kisar
(8) 3 biji bawang putih
(9) Minyak



Cara Penyediaan:
  • Masukkan bahan 1 - 6 ke dalam pengisar dan kisar sehingga kacang ranah halus.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih
  • Masukkan cili kisar dan masak sehingga kering
  • Masukkan semua bahan yang dikisar dan masak sehingga kuah menjadi pekat
  • Sesuaikan rasa
  • Ngap!



**Idea untuk menghidang:
Campurkan kuah merah dan hitam ke dalam bahan yong tau foo dan letakkan bijan dan bawang goreng

Sunday, May 25, 2014

Yong Tau Foo (Kuah Hitam)



Sumber: FB


Bahan-bahan: (Kuah Hitam)
(1) 2 sudu makan taucu
(2) 2 sudu makan tepung jagung
(3) 2 sudu makan tepung gandum
(4) 3 sudu makan kicap pekat
(5) 3 sudu makan sos tiram
(6) 4-5 sudu makan gula
(7) 3 cawan air




Cara Penyediaan:
  • Masukkan semua bahan ke dalam pengisar
  • Kisar sehingga taucu halus
  • Masak hingga mendidih
  • Sesuaikan rasa
  • Ngap! 



Wednesday, April 2, 2014

Mihun Daun Limau Purut

Sumber: Azie Kitchen


Bahan-bahan:
(1) Mihun – celur dan tos
(2) 2-3 ikat daun limau purut - buang tulang
(3) 1- 1 1/2 biji bawang besar
(4) 4-5 biji cili hijau (letak cili padi sikit jika mahu pedas)
(5) Udang secukupnya - buang kulit
(6) 2 -3 biji telur - optional
(7) Garam
(8) Sos ikan
(9) Minyak untuk menumis




Cara penyediaan:
  • Kisar daun limau purut, cili dan bawang besar. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan bahan kisar sehingga garing dan wangi.
  • Masukkan udang atau apa apa seafood yang disukai seperti sotong. Kemudian masukkan sos ikan, mihun dan garam.
  • Goreng sehingga mihun garing dan keluar minyak. Sesuaikan rasa.
  • Ngap!



Mihun Singapore



Sumber: Azie Kitchen



Bahan-bahan:
(1) Mihun
(2) 5 - 6 ulas bawang putih - tumbuk kasar
(3) 1 sudu besar cili kisar
(4) Ayam/udang
(5) Kicap cair
(6) Serbuk perasa, gula, garam
(7) Sos Lea & perrin
(8) 1-2 biji telur
(9) Taugeh, daun kucai, kobis, lobak merah, cendawan telinga kera



Cara penyediaan:
  • Panas minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih dan cili kisar. Kacau sehingga cili benar benar masak.
  • Masukkan ayam atau udang. Kacau sehingga masak, kemudian masukkan pula mihun yang telah dicelur tadi. Kacau rata lagi.
  • Masukkan pula sayur racik, bahan sos, taugeh, dan daun kucai. Ketepikan mihun, masukkan sedikit minyak, pecahkan telur dan digaul rata.
  • Akhir sekali, masukkan bahan perasa dan bahan hiasan. 
  • Sesuaikan rasa. 
  • Ngap!


Thursday, February 20, 2014

Sambal Lebur

Sumber: Hana's Family


Bahan-bahan
(1) Ikan bilis yang sudah di buang kepala sebanyak rm2
(2) Bawang besar di hiris bujur
(3) 20 tangkai cili kering *
(4) 1 labu bawang besar*
(5) 3 ulas bawang putih*
(6) semua bahan2 * dikisar bersama
(7) sedikit gula
(8) sedikit garam




Cara Penyediaan:
  • Panaskan minyak.
  • Tumis cili dan terus masukkan ikan bilis dan bawang besar.
  • Tambah gula dan garam.
  • Rasa dan biarkan ia mendidih di atas api hingga kering atau sehingga cili masak.
  • Ngap!


Monday, February 10, 2014

Sambal bilis

Sumber: Azie Kitchen



Bahan-bahan:
(1) 1/2 kg ikan bilis - basuh dan tos
(2) 2 senduk bawang merah kisar
(3) 1 ulas bawang merah - mayang
(4) 1 ulas bawang putih - mayang
(5) 2 sudu besar cili kisar (atau ikut yg disukai)
(6) 1 biji bawang besar - mayang
(7) Sedikit air asam jawa (guna asam keping)
(8) Garam
(9) Gula




Cara Penyediaan:
  • Ikan bilis dibasuh secara disiram. Goreng separuh masak atau sehingga layu. 
  • Masukkan 1 ulas bawang merah dan bawang putih yang dimayang. Goreng bersama ikan bilis supaya wangi. Angkat dan ketepikan.
  • Tumis bawang merah yang dikisar sehingga kekuningan sebelum dimasukkan cili kisar. Masak sehingga cili betul betul garing.
  • Masukkan ikan bilis yang digoreng dan sedikit air. Masaklah lama lama sehingga air kering yang bergantung kepada kesukaan masing masing.
  • Akhir sekali masukkan bawang besar yang dimayang, asam keping, garam dan gula. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
  • Ngap!


Saturday, February 1, 2014

Nasi Lemak Kukus

Sumber: Azie Kitchen


Bahan-bahan:
(1) 4 cawan beras basmathi - basuh dan tos
(2) 1 kotak santan
(3) 3 kotak air - sukat dg kotak santan tadi
(4) 3 bawang merah - hiris
(5) 1/2 inci halia - hiris halus
(6) 1 batang kulit kayu manis
(7) 2 helai daun pandan - carik dan simpul
(8) 1 sudu besar majerin
(9) Garam secukupnya




Cara Penyediaan:
  • Panaskan majerin dan masukkan kayu manis dan bawang serta halia.
  • Masukkan daun pandan. Goreng sehingga wangi. 
  • Masukkan beras dan goreng seketika sehingga rata. 
  • Masukkan santan dan air. 
  • Akhir sekali masukkan garam. Biarkan nasi masak dan santan hampir kering.
  • Pindahkan nasi ke dalam periuk pengukus yang airnya telah mendidih dalam 20 minit. 
  • Sekali sekala dibalik balikkan. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
  • Ngap!



Tuesday, January 28, 2014

Sambal Bilis dan Kentang

Sumber: Hana's Family


Bahan-bahan:
(1)   4 biji kentang
(2)   1 cawan ikan bilis belah
(3)   3 ulas bawang merah (ditumbuk)
(4)   1 ulas bawang putih (ditumbuk)
(5)   3 sudu makan cili boh (boleh dikurang/tambah)
(6)   2 sudu makan sos tiram
(7)   1-2 sudu makan madu (optional)- boleh ganti gula
(8)   Bawang besar dihiris
(9)   Minyak utk menggoreng & menumis
(10) Air asam jawa




Cara Penyediaan:

  • Kentang dikupas kulit, potong bentuk wedges, goreng hingga perang dan ketepikan
  • Ikan bilis dicuci bersih, goreng hingga garing dan ketepikan
  • Tumiskan bahan tumbuk hingga wangi dan garing.Masukkan cili boh,tumis sampai pecah minyak.Kemudian masukkan pula sos tiram dan madu.
  • Kemudian masukkan kentang dan ikan bilis.Gaul sebati.Siap untuk dihidang.
  • Ngap!


Wednesday, January 15, 2014

Sambal Gesek

Sumber: Hana's Family


Bahan-bahan:
(1) Ikan bilis-setengah genggam
(2) 15 biji cili api
(3) 3-4 ulas bawang merah kecil
(4) Garam secukup rasa



Cara Penyediaan:
  • Basuh kesemua bahan diatas dahulu.
  • Sediakan lesung batu dan tumbuk lumat kesemuanya.
  • Ngap!


Wednesday, January 1, 2014

Sambal Telur

Sumber: Azie Kitchen



Bahan-bahan:
(1) 4 biji telur direbus, kelar dan goreng
(2) Cili kisar
(3) 5 bawang merah
(4) 3 bawang putih
(5) Sedikit air asam jawa
(6) Garam dan serbuk perasa
(7) Bawang besar dihiris




Cara Penyediaan:
  • Telur dikupas kulit, kelar sedikit dan digoreng hingga menggerutu. 
  • Panaskan minyak tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar.
  • Sesudah wangi, masuk 3 sudu cili kisar, goreng dengan api perlahan hingga cili betul betul masak.
  • Masukkan gula terlebih dahulu untuk menjadikan sambal berwarna merah sebelum masuk garam, air asam dan serbuk perasa. 
  • Masukkan sedikit air dan bawang besar hiris.
  • Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Hingga naik minyak, boleh la diangkat
  • Ngap!