Wednesday, July 24, 2013

Balado Terung


Sumber: KOG


Bahan-bahan:
(1) 2 batang terung panjang
(2) Tomato* (diblend dan dihiris)
(3) Belacan*
(4) Cili api*
(5) Gula*
(6) Bawang putih (3 ulas)
(7) Daun limau purut
(8) 1/2 kiub bunjut sup Maggi Knorr




Cara Penyediaan:
  • Terung dipotong serong, goreng, tos dan ketepikan.
  • Tumbuk bawang putih; tumis hingga naik bau
  • Masukkan bahan blend (*), tomato hiris dan daun limau purut
  • Tambah sup bunjut maggi
  • Kacau, tambah air kalau perlu
  • Masukkan terung yang dah digoreng, gaul dan matikan api
  • Ngap!




Wednesday, July 10, 2013

Sardin Kicap Berkentang


Sumber: Azie Kitchen


Bahan bahan:
(1) 1 tin sardin Mackerel
(2) 5 ulas bawang merah - hiris
(3) 3 ulas bawang putih - hiris
(4) 1 inci halia – hiris
(5) 1 biji bawang besar – hiris bulat
(6) 1 biji cili merah – hiris
(7) 5 biji cili padi
(8) 2 biji kentang – hiris nipis
(9) Kicap
(10) Gula




Cara Penyediaan:
  • Goreng kentang sehingga masak.
  • Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga wangi.
  • Masukkan ikan sardine sambil dibalik balikkan untuk menggoreng ikannya.
  • Masukkan kuah sardine dan kicap.
  • Masak sehingga mendidih.
  • Akhir sekali, masukkan bawang besar, cili padi, cili merah.
  • Sebelum diangkat, masukkan kentang yang telah digoreng tadi.
  • Ngap!



Monday, July 1, 2013

Butter Chicken


Sumber: Azie Kitchen


Bahan bahan:
(1) 2 keping ayam bahagian thighs (boneless) - potong kecil
(2) 2 sb butter
(3) 1 sb cili merah - cincang
(4) 2 cili padi - cincang
(5) 1 pelepah daun kari
(6) Beberapa keping cheese
(7) 230 ml susu cair - ikut kepekatan disukai
(8) Secubit serbuk perasa ayam Knorr - optional
(9) Garam


Bahan perap:
(1) 1 sk garam
(2) 1/2 sb sugar
(3) 2 sk serbuk kari
(4) 1 sb tepung gandum
(5)1 telur




Cara Penyediaan:
  • Perap ayam dengan bahan perap selama 1 jam. Masak ayam sehingga kekuningan di dalam non stick pan. Angkat dan ketepikan.
  • Panaskan kuali dengan butter.
  • Tumis cili dan daun kari sehingga wangi.
  • Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih.
  • Masukkan cheese.
  • Masukkan Knorr chicken powder, garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan ayam tadi dan masak seketika kerana tepung yang ditabur pada ayam akan memekatkan kuahnya, Jika terlebih pedas, tambahkan sedikit gula.
  • Ngap!