Wednesday, July 24, 2013

Balado Terung


Sumber: KOG


Bahan-bahan:
(1) 2 batang terung panjang
(2) Tomato* (diblend dan dihiris)
(3) Belacan*
(4) Cili api*
(5) Gula*
(6) Bawang putih (3 ulas)
(7) Daun limau purut
(8) 1/2 kiub bunjut sup Maggi Knorr




Cara Penyediaan:
  • Terung dipotong serong, goreng, tos dan ketepikan.
  • Tumbuk bawang putih; tumis hingga naik bau
  • Masukkan bahan blend (*), tomato hiris dan daun limau purut
  • Tambah sup bunjut maggi
  • Kacau, tambah air kalau perlu
  • Masukkan terung yang dah digoreng, gaul dan matikan api
  • Ngap!




Wednesday, July 10, 2013

Sardin Kicap Berkentang


Sumber: Azie Kitchen


Bahan bahan:
(1) 1 tin sardin Mackerel
(2) 5 ulas bawang merah - hiris
(3) 3 ulas bawang putih - hiris
(4) 1 inci halia – hiris
(5) 1 biji bawang besar – hiris bulat
(6) 1 biji cili merah – hiris
(7) 5 biji cili padi
(8) 2 biji kentang – hiris nipis
(9) Kicap
(10) Gula




Cara Penyediaan:
  • Goreng kentang sehingga masak.
  • Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga wangi.
  • Masukkan ikan sardine sambil dibalik balikkan untuk menggoreng ikannya.
  • Masukkan kuah sardine dan kicap.
  • Masak sehingga mendidih.
  • Akhir sekali, masukkan bawang besar, cili padi, cili merah.
  • Sebelum diangkat, masukkan kentang yang telah digoreng tadi.
  • Ngap!



Monday, July 1, 2013

Butter Chicken


Sumber: Azie Kitchen


Bahan bahan:
(1) 2 keping ayam bahagian thighs (boneless) - potong kecil
(2) 2 sb butter
(3) 1 sb cili merah - cincang
(4) 2 cili padi - cincang
(5) 1 pelepah daun kari
(6) Beberapa keping cheese
(7) 230 ml susu cair - ikut kepekatan disukai
(8) Secubit serbuk perasa ayam Knorr - optional
(9) Garam


Bahan perap:
(1) 1 sk garam
(2) 1/2 sb sugar
(3) 2 sk serbuk kari
(4) 1 sb tepung gandum
(5)1 telur




Cara Penyediaan:
  • Perap ayam dengan bahan perap selama 1 jam. Masak ayam sehingga kekuningan di dalam non stick pan. Angkat dan ketepikan.
  • Panaskan kuali dengan butter.
  • Tumis cili dan daun kari sehingga wangi.
  • Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih.
  • Masukkan cheese.
  • Masukkan Knorr chicken powder, garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan ayam tadi dan masak seketika kerana tepung yang ditabur pada ayam akan memekatkan kuahnya, Jika terlebih pedas, tambahkan sedikit gula.
  • Ngap!




Monday, June 10, 2013

Sup Cendawan


Sumber: Cik Tiemah

Bahan-bahan:
 (1) 6 keping cream crakers,
(2) 2 cawan air
(3) 2 keping cheddar cheese
(4) 1kiub ayam maggie
(5) 6 biji cendawan kecil
(6) 1 labu bawang besar sederhana besar
(7) Garam




Cara Penyediaan:
  • Cream crackers dimesin dengan air hingga halus.
  • Dadukan bawang besar dan ditumis sampai garing,
  • Setelah bawang garing, masukkan cream cracker yang telah dimesin tadi dan kacau sampai pekat,
  • Masukkan kiub ayam dan cendawan yang dipotong nipis.
  • Masukkan cheese.
  • Sekiranya sup agak pekat tambah kan sedikit air.
  • Ngap!


Saturday, June 1, 2013

Nasi Goreng Cili Merah dengan Ikan Bilis


Sumber: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
(1) Nasi
(2) Minyak
(3) Ikan bilis
(4) Bawang putih – dicincang
(5) Telur – 2 biji
(6) Garam
(7) Serbuk lada sulah




Cara Penyediaan:
  • Panaskan minyak di dalam kuali, goreng sedikit ikan bilis sehingga garing, angkat dan ketepikan.
  • Dengan menggunakan minyak yang sama, masukkan bawang putih yang dicincang.
  • Apabila bawang putih mula kekuningan,  masukkan nasi dan dikacau rata.
  • Pecahkan 2 biji telur di tepi kuali sebelum digaul rata dengan nasi.
  • Akhir sekali, masukkan garam dan serbuk lada sulah.
  • Angkat dan ceduk ke dalam mangkuk hidangan dan tabur ikan bilis goreng.
  • Ngap!



Wednesday, January 2, 2013

Belajar pandai-pandai, nanti tak payah kerja kat dapur!

Percaya atua tidak, itulah pesanan daripada emak saya kepada saya. Dan, hasilnya, saya memang tidak pandai memasak. Setakat masak nasi guna rice cooker (dan guna periuk biasa juga!) tu, boleh lah. Tapi, once in blue moon, saya boleh juga menghasilkan sesuatu yang buat orang terkenang-kenang.

Saya boleh buat cendawan goreng rangup yang menjadi kesukaan Kak M, housemate saya serta mihun Singapore dan mihun goreng sos. Tapi, sekiranya saya memasak benda ni di rumah, emak saya tak akan makan. Tak kena dengan seleranya. Saya tahu dia memang tak ada keyakinan langsung dengan culinary skill saya. It's insulting, really!

Maka, di blog ini saya mahu compilekan resepi mudah (dan tak mudah) yang saya jumpa dari serata ceruk websites / majalah dan sebagainya untuk rujukan saya. Konotasi mudah itu bermaksud bahan-bahan yang tidak melebihi 15 items. Sekiranya anda suka, silalah guna.

Seperti yang selalu saya katakan, masak tak mudah, tapi, mengumpul resepi, ya ... :)



Selamat menjamu mata dan selera!