Wednesday, April 2, 2014

Mihun Daun Limau Purut

Sumber: Azie Kitchen


Bahan-bahan:
(1) Mihun – celur dan tos
(2) 2-3 ikat daun limau purut - buang tulang
(3) 1- 1 1/2 biji bawang besar
(4) 4-5 biji cili hijau (letak cili padi sikit jika mahu pedas)
(5) Udang secukupnya - buang kulit
(6) 2 -3 biji telur - optional
(7) Garam
(8) Sos ikan
(9) Minyak untuk menumis




Cara penyediaan:
  • Kisar daun limau purut, cili dan bawang besar. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan bahan kisar sehingga garing dan wangi.
  • Masukkan udang atau apa apa seafood yang disukai seperti sotong. Kemudian masukkan sos ikan, mihun dan garam.
  • Goreng sehingga mihun garing dan keluar minyak. Sesuaikan rasa.
  • Ngap!



Mihun Singapore



Sumber: Azie Kitchen



Bahan-bahan:
(1) Mihun
(2) 5 - 6 ulas bawang putih - tumbuk kasar
(3) 1 sudu besar cili kisar
(4) Ayam/udang
(5) Kicap cair
(6) Serbuk perasa, gula, garam
(7) Sos Lea & perrin
(8) 1-2 biji telur
(9) Taugeh, daun kucai, kobis, lobak merah, cendawan telinga kera



Cara penyediaan:
  • Panas minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih dan cili kisar. Kacau sehingga cili benar benar masak.
  • Masukkan ayam atau udang. Kacau sehingga masak, kemudian masukkan pula mihun yang telah dicelur tadi. Kacau rata lagi.
  • Masukkan pula sayur racik, bahan sos, taugeh, dan daun kucai. Ketepikan mihun, masukkan sedikit minyak, pecahkan telur dan digaul rata.
  • Akhir sekali, masukkan bahan perasa dan bahan hiasan. 
  • Sesuaikan rasa. 
  • Ngap!