Wednesday, January 2, 2013

Belajar pandai-pandai, nanti tak payah kerja kat dapur!

Percaya atua tidak, itulah pesanan daripada emak saya kepada saya. Dan, hasilnya, saya memang tidak pandai memasak. Setakat masak nasi guna rice cooker (dan guna periuk biasa juga!) tu, boleh lah. Tapi, once in blue moon, saya boleh juga menghasilkan sesuatu yang buat orang terkenang-kenang.

Saya boleh buat cendawan goreng rangup yang menjadi kesukaan Kak M, housemate saya serta mihun Singapore dan mihun goreng sos. Tapi, sekiranya saya memasak benda ni di rumah, emak saya tak akan makan. Tak kena dengan seleranya. Saya tahu dia memang tak ada keyakinan langsung dengan culinary skill saya. It's insulting, really!

Maka, di blog ini saya mahu compilekan resepi mudah (dan tak mudah) yang saya jumpa dari serata ceruk websites / majalah dan sebagainya untuk rujukan saya. Konotasi mudah itu bermaksud bahan-bahan yang tidak melebihi 15 items. Sekiranya anda suka, silalah guna.

Seperti yang selalu saya katakan, masak tak mudah, tapi, mengumpul resepi, ya ... :)



Selamat menjamu mata dan selera!

No comments:

Post a Comment